Assalamualaikum semua !
Okay sekarang aku nak cerita pasal TANGGUNGJAWAB .
Semuaa orang kat muka bumi ni ada tanggungjawab masing2.
Sebab sejak kita lahir lagi, Dia dah tetapkan bahawa manusia sebagai khalifah di muka bumi ni , dan kita disuruh untuk memakmurkan muka bumi ni . Betul ?
Sepanjang puluhan tahun kat muka bumi ni, berapa banyak tanggungjawab kita pikul . Dari yang sekecil kecilnyyaaa sehingga yang sebesar besarnya .
Tapi bagi aku, diri aku, aku tak pernah terasa ada tanggungjawab yang besar . Macam ada setengah kawan aku yang kena pikul satu jawatan yang besar dan kena laksanakan tugas yang berat . Kadang aku fikir, kenapa dia boleh jadi , boleh pegang jawatan tu . Sebab dia layak , dia mampu. Walaupun pada mulanya, dia sendiri tak yakin pada diri dia . Sebab tu kalau ada tanggungjawab, kita kena yakin, percaya yang kita boleh pikul benda tu .
Ada jugak manusia yang jenis lepas tanggungjawab . Bagi pandangan aku , orang yang lepas tanggungjawab dan nak ambik mudah je setiap benda sangat tak patut , pemalas, pengecut semua dia lah. Dia tak ada rasa kesiankan orang lain yang mana terpaksa buat tugas dia, itu kalau benda teamwork lah . Biasa la kalau kat universiti ni, apa benda je tak perlukan teamwork. Sikit sikit buat group pastu ada tugas masing2. Kan? Jadi kesimpulannya, macam mana beratnya tanggungjawab kita, cuba sedaya upaya laksanakan dengan baik . Supaya diri sendiri puas , orang lain pun suka .
jadi itu saja, sekian .
No comments:
Post a Comment